Pengenalan

PID merupakan satu projek di bawah Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (KTKM) dan kemudiannya ditukarkan kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK)

Projek ini bermula pada tahun 2000 dengan 2 PID (PID Sungai Air Tawar dan PID Kota Marudu) sebagai perintis. Pada 2003, bilangan PID mula ditambah menjadikan jumlah keseluruhan 42 buah diseluruh negara.
PID dibina dengan kerjasama Pos Malaysia yang bekerjasama menyediakan bangunan bersebelahan (annex) di Cawangan Pos terpilih

Visi

  • Merapatkan jurang digital
  • Memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan berteraskan ICT

Misi

  • Memberikan latihan asas ICT secara percuma kepada komuniti setempat
  • Peneraju mengupayakan komuniti dengan penggunaan ICT ke arah merapatkan jurang digital dan meningkatkan daya saing negara bagi mencapai matlamat wawasan dan gagasan Malaysia

Objektif

  • Meningkatkan kadar celik IT di kalangan masyarakat luar bandar
  • Menyediakan latihan asas dan khidmat nasihat ICT
  • Membangunkan kandungan tempatan
  • Merapatkan masyarakat dengan informasi, komunikasi dan teknologi
  • Memaksimakan jaringan penyebaran maklumat tanpa sempadan
  • Memaksima dan membudayakana penggunaan teknologi untuk meningkatkan taraf hidup
  • Membekalkan kemudahan dan maklumat ICT
  • Berusaha ke arah kelestarian

Fasiliti yang disediakan

  • Komputer – 5 unit
  • Pencetak – 2 unit
  • Pengimbas – 1 unit
  • Talian Streamyx internet – 2 Mbps

 

Leave a comment